Friday, January 7, 2011

will missing u pakcik

Pengumuman pengumumannnn!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Pakcik yang korang jumpa setiap kali time raya dan puasa
iaitu pakcik ni:
  akan bertukar wajah........

Dari dulu lagi teringin nak tahu mohor besar tu cam mane rupa dia.. hari ni baru berjaya google. ini diambil dari web :

"Mohor Besar yang pertama berukuran 51 cm panjang, 22 cm lebar, 52 cm tinggi dan seberat 93 kg. Manakala Mohor Besar yang kedua berukuran 51 cm panjang, 14 cm lebar, 35.5 cm tinggi dan seberat 38kg. Mohor Besar yang kedua ini lebih mudah dibawa ke luar pejabat apabila perlu. Permukaan Mohor Besar mengandungi jata kerajaan sembilan Negeri Melayu serta tertulis perkataan “Mohor Besar Raja-Raja Negeri Melayu” dalam huruf jawi. Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali keempat pada 31 Ogos 1948 telah bersetuju menerima corak pada Mohor Besar Raja-Raja yang digunakan sehingga ke hari ini.
Kedua-dua Mohor Besar Raja-Raja dibuat di England pada tahun 1949 dengan kos £211.10 <brapa harga kalau zaman sekarang???>

nak tengok rupa dia? ni ha

No comments:

Post a Comment