Friday, April 15, 2011

kebAhAGiaAN dAlAm kESeNgsARaN

tenenengnenengnenengnegn <muzik intro kebahagiaan dalam perpisahan.. boleh imagine tak?> hahahhahahahhaha

penat la... sekarang banyak fikir pasal masa depan kerjaya ni. orang kata tahan la 3 tahun lepas tu dah boleh demand macam-macam.. dalam bahasa mudah, boleh senang dapat kerja bagus.. tapi betul ke boleh?

dengan skill tak seberapa pengetahuaan tak seberapa, personality tak seberapa, kebijaksanaan tak seberapa.. selalu persoalan yang bermain di minda ialah... berbaloikah hidup sengsara 3 tahun ni?

apa jadi kalau lepas 3 tahun tak dapat pun macam yang di gembar-gemburkan tu? lepas 3 tahun macam biasa juga.. paling penting.. lepas 3 tahun tak ada orang nak kahwin dengan aku lagi.. eh tu bab lain.. hahahha

justeru itu macam-macam bermain di fikiran. lagi la tengok orang resign satu persatu.. hmmmmmmmm jadi soalan saya " wujudkah kebahagian dalam kesengsaraan"

music please~~~~ " embun pun tak kan mampu.. menyubur sekuntummm bunga yang layu pada musim luruh" hahahahhahahahahhahahahahahhahahahahahhahaha

Sunday, April 10, 2011

rap song yooooooo

nampak macam tak ada kerja kan saya ni? sebenarnya kalau anda nampak saya asyik mengarut macam ni di sini mahupun di facebook.. saya tengah tak betul la tu.....

nak share top 3 lagu hip hop .. ala tak hip hop sangat la biasa-biasa je....
ok sebenarnya banyak tapi kena pilih 3 je la kan... yang ni lagu lama dah.. tapi sampai sekarang ada dalam mp3 saya.. awak maybe tak tahu kot lagu ni. tapi ce awak layan jap...alaaaaaaaaaaaa saya tak jumpa video die la nak tunjuk kat korang ="( tapi mustahil tak de kan.. jap eh alaaaaaaaaaaaaaaaaaa dah penat cari.. tapi tak jumpa! merajuk la camni...

by the way.. lagu yang saya maksudkan ialah lagu ala canggung remix-too phat ft yusni hamid.. bahaasa melayu punya.kalau rasa ingin tahu anda membuak-buak, sila la google sendiri.. hehhe

tempat kedua jatuhhhhhhhhhhhhhhhhh kepada jeng jeng jeng

suka suka suka... lagu ni noh yang buat. ada dua versi. satu lagi versi rock tom nyanyi. bagi saya yang ni lagi berjuta kali lebih sedap... bukan sebab noh nyanyi tapi memang lagi sedap yo...
"hidup serba laju trafik kura-kura" ya itulah kuala lumpur kotarayaku =)

tempat ke 1 setengah jatuh kepada.......... hehehe belum no 1 lagi baru 1 setengah. ni lagu baru. jadi ini antara lagu yang saya suka sekarang.. hehehe tajuk dia Anggun... layan weiii tak caya sila dengar


ok tak? aku pemenang tempat pertama jatuh kepada...................... sebelum tu sebab dia menang ialah kerana lirik dia best. ini ialah maksud cantik sebenarnya.. kepada kawan-kawan lelaki saya, kalau mahu cari calon, carilah macam ni. ingat lagi saya cakap dekat kawan saya dia cakap macam ni "ok tapi kena pakai tudung' sebab dalam lagu ni dia kata "rambut hitam warna cokelat anak mata" maksudnya wanita i tidak bertudung. selain daripada itu. inilah wanita cantik yang sebenar.bukan saja cantik di luar tapi canti serba serbi. saya sikit pun tak de macam lagu ni.. malang sungguh  sapa dapat saya. ok silalah layan. Cantik by Altimet ft Adeep Fabulous cat



alaaaaaaaaaaaaaa lupa plak... sebenarnya tempat pertama ada dua ;a.. aci tak kalau nak bagi lagu satu? aci la eh eh eh... sebenarnya banyak lagi tapi 1 je lagi boleh eh.... saya suka lagu ni
kalau dengar lagu ni saya akan rasa bersemangat.dia cerita pasal macam mana dia tak give up dan terus cuba dan cuba lagi. mestilah dia cerita dalam konteks dia yang sebagai seorang komposer tapi boleh je kita aplikasikan dalam hidup kita juga. suka lagu-lagu malique =)

sungguh panjang lebar kan. jumpa lagi lain kali. assalamualaikum =)

r a m b u t a n

bosan-bosan ni terbayang rambutan pulak... arghhhhhhhhh lamanya tak makan rambutan. saya sangat-sangat suka rambutan. kalau setakat sekilo tu makan sorang pun boleh habis.. hehhehe

nak cerita kisah rambutan boleh tak? tak boleh? pasai apa plak.. suka hati aku la nak cerita ape pun.. heheheh

dulu kan masa duduk kat Peringat, kelantan kan..... masa tu kecik lagi... sampai darjah 3 je duduk situ. kat sana kan kawasan dia luas sangat-sangat. pastu kan ada banyak sangat-sangat pokok rambutan. betul wak kite tak tipu.. hmmm time tu kite suka la kite ikut abang kite dengan jiran kite pegi makan rambutan atas pokok... betul wakkkk... nape awak tak percaya kite pandai panjat pokok ke? betul la wakkk.. tak tipu punyaaaaa... best tau makan atas pokok. petik amek gigit makan.. fuuuuuuuuuuuuhhhhhhhhh memang terbaik la... makan sampai kenyang baru turun... memang best time tu. kalau la dapat kembali ke masa tu.... hhuhuuuuuu

arghhhhh makin mengidam rambutan!!!!!!!!!!!!!! tolonggggggggggggg tolongggggggggggggggggggggggggggggg

saya sangat berharap kampung bakal suami saya ada kebun buah-buahan.. ahahhaahahahhahaa tolong doakan pleaseeeeeeee........ ahhahaha

ma saya gelak tergolek-golek bila saya cakap macam ni.. ahhaha adik saya pula cakap "tak pernah aku dengar kriteria calon suami kena ada kebun buah"

ok itu saja. bye.


b o s a n

saya booooooooooosaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaann sangaaaaaaaattttttttt........................................

bosan sampai nak nangis....... ahahahahhahaha

uhmmmmmm aaaaaaaaaaa weeeeeeeeeeee wuuuuuuuuuuuuuuu tengok la betapa bosannya saya....... huhuhuhuhuuuuu


Monday, April 4, 2011

yunamusic

salam.........
 anak-anak.. malam ni cikgu nak cerita tentang kegilaan cikgu terhadap dia ni...

yeahhhhhhh!!! beliau adalah yuna (gambar curi dari busu kalau tak salah)

ini adalah kegilaan kedua cikgu selepas hujanband... kenapa cikgu gila hujanband itu lain kali kita cerita.. hahha

yuna yuna yuna....... tak tahu macam mana nak dihuraikan.. yang penting bagi cikgu dia sangat berbakat... sebut saja apa nama lagu dia..semua cikgu suka... album dia Decorate tu cikgu sangat suka ok. cikgu beli ori tau. selain hujan punya album, yuna je cikgu beli ori.. hhaha pernah dengar lagu decorate tak? tak pernah? layan dulu sini eh

lirik paling disukai oleh cikgu ialah "get rid of your number that i know by heart" kenapa suka? tanya lagi tak kan tu pun nak kena cikgu hurai faham-faham je lah.. deeeeeeeee~~~~~

ok sambung.. lagi satu lagu yang disukai sebab berkaitan dengan diri. tajuk dia penakut. dengar tau jangan tak dengar..epik gila lagu ni

best tak best tak? lagu-lagu yuna semua frust je.. tapi jangan risau... sekarang cikgu yakin lagu-lagu dia akan happy-happy je sebab yelah dia kan sedang hangat bercianta <aik kenapa aku tulis macam wartawan hiburan pulak ni> auwwwwwwwww cikgu suka suka suka

secara kesimpulannya cikgu suka dia sebab
1. lagu-lagu dia semua cikgu suka
2. cikgu suka style dia
3.cikgu suka personaliti dia
4. cikgu suka drummer dan bassist dia... hensem <muahhahaha>
5. dia besssssssssstttt

sekarang cikgu suka layan video yunainspired. anak-anak tau tak apa ni? ini ialah realiti tv pasal yuna. dia akan upload apa yang mereka panggil minisode.pendek je dalam 5 minit.setiap episod cikgu dowload tau.. nak tau lebih lanjut click ni ha

sapa  nak tengok drummer and bassist tengok sini. ini video klip gadis semasa. Tapau yang buat. i love tapau work as well.

nice music video right? ok tu saja... cikgu nak ucap tahniah dekat beliau sebab menang kategori yang siti menang.cikgu memang dah agak. good luck yuna. cikgu akan sentiasa sokong anda.

Sunday, April 3, 2011

maluuuuuuuuuuu

sekarang nak buat entry dah sedikit malu... sebab diana (bukan nama sebenar) cakap dia gelak tergolek-golek baca blog ni. jadi saya segan jadi saya tak tahu nak tulis apa jadi saya pun jadi macam ni =b

walaubagaimanapun saya sangat gembira beliau tidak jadi meninggalkan saya. oh saya sangat gembira... kita akan sama-sama mengharungi susah senang kan cik diana.. hahhaha

ok bye. sambung tengok ABP