Wednesday, August 24, 2011

kuih tart

dah dapat dah jawapan sama ada nak beli kuih tart ke tak tahun ni *lompat-lompat joget chicken dance sambung dengan shuffle sikit*

WAJIB BELI!!!!!!!!!!!! nak tahu kenapa????????

baca ni tau baca tau baca....

Apakah kuih raya kegemaran yang mungkin membuatkan Dr Faiz teringat pada kenangan sewaktu zaman kanak-kanak?
Kuih tart. Inilah merupakan kuih yang saya gemari sejak dari zaman kanak-kanak lagi dan ianya hanya dapat dinikmati dengan mudah sewaktu Hari Raya. Jadi, setiap kali saya menikmati kuih tart pasti teringat kenangan sewaktu kanak-kanak.

ok tarik nafas... lepasssssssssss.... fuuuuuuuuuuuuhhhhhhhhhhh cairrrrrrrr betul.... atas ni extract je.. nak baca full click dr faiz blog kat sini...........

lia cakap: jummat ni nak cari kuih tart. ok bye.





 

Monday, August 22, 2011

lompat-lompat

yeahhhhh suka suka... pass paper P1.. heheheh

tadi bajet result payah nak cek... sekali die terus pop up cepat gila. nasib baik positif punya result kalau negatif mahu sakit jantung kejap.. hahaha

suka sangat ni. sebab hari tu masa study leave macam tak sempat nak belajar sebab banyak pegi jalan-jalan. hehehe tapi mungkin berkat sebab buat family happy tu yang Allah tolong tu. Terima kasih Ya Allah =) =) =)

tapi bila orang tanya paper apa.. p1 je pun... cam over la plak nak happy2 sangat. orang lain anggap tu senang je. tapi hari tu punya soalan susah wooooooooooooo.... betul tak tipu!!!!!!!!!!!!!!!! susahhhhhhhhhhhhhhhhhhh... memang dari semalam dah belajar redhakan diri tengok result. takut fail. sebab hari tu pun rasa 50-50 je masa lepas jawab. ya allah syukurnyaaaaaaaaaa la rasa.

tadi kawan tanya apa kelebihan dah pass ni. saya jawab. tak de kelebihan pun sebab tak complete lagi. ada lagi 3. cuma kelebihan dia.. sekarang satu langkah lagi ke depan. lamanya lagi nak complete. payah tau study part time lagi-lagi untuk orang malas seperti saya ni

thanks kawan-kawan yang congrats kat fb tu. thanks..... happy... lompat ramai2 jommmmm hahhahahaha

lia kata: kerja aku dah tergendala ni. pass pun tak buat kerja kalau fail apatah lagi.ok bye.

Tuesday, August 16, 2011

yum yummmmm

wokeh.... nak cerita sikit kegemaran saya di bulan yang mulia ni....

yang pertamaaaaaaaaaaaaaa jatuh kepada incik murtabak *tepuk-tepuk* dah 3 kali makan tahun ni. not bad.


yang setusnya..... cik tepung pelitaaaa. yeahhhhhhh sungguh ayu beliau berbaju hijau... petang ni nak cari lagi... oh mengapa dikau sungguh sedap....
     

ha ni lagi satu.. kalau kat temerloh.. yang mak hafiz jali buat sedaaaaaappppppp... seriusssssssss.. hahhaha

kategori minuman pula semestinya dimenangi oleh cik air tebuuuuuuu.. woot wootttt.. kena yang fresh yang tak letak air batu siap-siap tu memang perghhhhhhh.. sampai ke jantung feeling dia....


ok masuk bab sedih sikit... mengidam nak ni.. yang pertama... encik aliff star.. eh salah. encik sata. pengalaman saya bertahun-tahun duduk kat shah alam dan kuala lumpur, belum pernah waima sekalipun saya beli sata yang sedap. kat mana ada? sapa tahu? habaq mai pleaseeeeee..... *tulis sambil air liur meleleh* hahaha


ok yang keduanya ialah... cik akok.. yeahhhhhhh! korang penah makan tak? sedaaaaaaaaaappppppppp gila... hari tu nampak kat beberapa tempat tapi dah habis sebab pergi bazar lambat je. nakkkkkkkk nakkkkkkkk
See full size image


 
                                           




ok ada beberapa jenis  kuih biasanya kat rumah kami akan buat. pertama: popiah. kedua: cek mek macam kat bawah ni
pastu ondeh-omdeh a.k.a gula melaka... pastu ma boleh buat tepung sagu yang warna merah berbalut kelapa tu. boleh imagine tak? jap nak cari ada gambar tak..haaaaaaaa yang macam ni


ok last sekali.. ni kami semua punya kegemaran ni. mesti nak suruh ma masak sekurang-kurangnya sekali dalam bulan puasa. kalau bulan tak puasa sangat rare la.. tadaaaaaaaaaaaaaaaa......
           
      

puan bubur lambuuuuuuuuuukkkkkkkkkk....

nak habaq mai sikit.. bubur lambuk ni bukan yang macam dapat kat surau kat KL ni tau. dia lain dia sangat sedap. gambar ni macam dah hampir-hampir dah. dalam dia ada macam-macam daun tau. ape ntah nama daun tu. pucuk paku merah ada daun cekur manis ada daun ape ntah lagi. pastu ada daging pastu rasa lada hitam. pendek kata memang sedap panjang kata pun sedap jugak!!!!

sabtu hari tu dapat sms ma cakap masak dah. terus meracau-racau cakap mana aci!!! hahaha ma cakap nanti semua orang ada dia masak lagi. yeahhh tak sabar!!! nanti bila masa tu tiba saya snapkan foto dan bagi lagi detail apa ada dalam tu. ni kalau makan semua orang akan makan minimum 2 pinggan.. tak tipu!!! sedap gila... waaaaaaaaaa nak bubur lambuk ma saya!!!!!!!!!

ok bye. nak rasa sila datang rumah.

hati ini

di pagi yang mulia ini.....

tiba-tiba.........

terdownload lagu ni


this song USED to be our song =) =( =)
dan.........

dah berapa kali raya aku mesti beli tart nenas...

saya tak suka pun tart nenas sebelum kenal dia.... tahun ni? nak beli ke tak nak beli ke tak nak beli ke tak......??????????


ok bye.

Monday, August 15, 2011

masa mengarang

yeahhhhhhhhhhhh.....

kad raya telah berjaya di beli!

hampir semua dah bertuan.... untuk yang nak di beri n untuk yang minta....

excited ni nak mengarang kad raya...

haaaa... kawan kat facebook je pun ada yang minta...

kesimpulannya....

semua orang sebenarnya teringin nak kad raya... oh should not say SEMUA. tukar.. kebanyakan orang sebenarnya nak kad raya.. tapi......

yeahhhh bagi masa untuk pos sebelum jumaat ni. malam ni mula mengarang panjang-panjang punya.

ok bye.

Wednesday, August 10, 2011

angkasawan

tadi kan wak... kite kan kite kan... jumpa website ni http://www.faizkhaleed.com/... kita pun dok stalk-stalk...

kite cuma nak cakap kite happy jumpa link ni...


sebab....


sebab.....
sebabbbbbbb....














kite rasa dia jodoh kita..




muahhahahahahhahawawkakhwhahkwhkhkawkhkwhwha mari gelak berjemaah...


tak de la dari dulu kite suka dia. angkasawan kedua negara. kite lagi suka dia dr datuk SMS. tak tahu kenapa kite suka yang no 2. hero no 2 la.. tak tahu kenapa...


suka suka. happy happy. hahahahhaa




lia kata: sorry tergedik sikit

kad raya

assalamualaikum..........


yeah saya sedang bosan... saya nak cerita pasal kad raya yang sudah macam dilupakan oleh semua orang.. hahhaha


dulu kan masa sekolah kan... saya orang paling banyak akan dapat kad raya dekat rumah tu. posmen datang je dah tahu itu kad raya lia yang punya. hahaha sebab kawan-kawan kan semua duduk jauh-jauh jadi semua orang excited hantar kad raya. sekarang tidak lagi.. nak dapat satu pun payah...


saya simpan lagi semua kad raya dari tahun 2000 kot. nanti balik rumah nak tengok la lupa dah kat mana.....


hmmmmmmm malu nak cakap tapi nak cakap juga... dulu tak ingat tahun bila ada dapat kad raya dari sifrun.... gembira betul waktu tu. kad raya cantik pulak tu.. gambar blues selamanya tu... happy kot dia reply kad raya i.. auwwwwwwwwwwww... terlebih sudah. dah kahwin dah sifrun saya...


kad yang kedua yang menggembirakan mesti lah dari alien punya.


tapi yang dari orang lain semua pun sangat-sangat menggembirakan. betul tak tipu ni. nampak tak tengah muka gembira ni!!!!!!!


tahun ni satu pun tak dapat. rasa nak pergi beli dan bagi kat orang la.. rindu zaman hantar kad raya dulu.. yeahhhhhhhhh tak tahu rajin dan ada masa tak nak nak pergi beli kad raya. wehooooooooooooo............




lia kata: nanti kalau jumpa kad2 tu nanti saya snap dan upload. yeahhhhhhhh

9 hari

recap sikit dah 9 hari berjaya puasa ni. hari ni hari ke 10....

baru 2 hari je berbuka dekat rumah. jumaat dan sabtu hari tu...

jumaat tu MC. sebab ahah nak test.. tapi balik rumah dengan amir. kebetulan alang pun balik. dorang sudah tahu dari facebook kami nak balik tapi tak jangka akan sampai tengah hari.. hahaha

nampak sangat muka gembira ma dengan abah. biasa dorang buka puasa 4 orang je. punya excited muka dia.. huhuhu nanti 26hb baru cuti baru boleh berbuka dekat rumah lagi. masa tu dah cuti sekolah. masa tu semua orang ada. lagi best! hahahahaha

tak sabar tak sabar. 2 minggu lagi ... lamaaaaaaaaaaaaaaa.....

ok tu je. nak upload gambar tak boleh la pulak tak tahu kenapa. selamat berpuasa semua. sending love from bandar tasik selatan weeeeeeeeeeeeee~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sahur pertama

sahur hari ni 10 ogos... oh yang ke 10 dah ...


pertama kali masak!!!!!!!!


hahahhaahhahhahahahhahahahahhahahah

semalam balik awal tidur awal maka boleh bangun awal..

hebat kan? hebat kan? kan? kan?

erkkkkkkkkkkkkkk... telur goreng je. kari ayam <dalam tin> dan dan dan dan kangkung goreng... hahahha

itu pun nak berlagak kan.

ok bye.

Wednesday, August 3, 2011

Supeeeeeeeeerrrrrrrrrrrrrrrrr makkkkkkkkkkkk

bukan bukan bukannnnnnnnn..... bukan super mak hari isnin Nasha Aziz tu...

ni yang semangat nak cerita ni sampai menaip di pejabat....

tadi hotfm buat chat pasal 2 dalam satu...

ada satu akak ni telefon...

dia kan... dah la kerja.. pastu belajar separuh masa... lepas tu dia jaga mak dia dan juga mak mertua dia. mak dia sakit tau. kena tukar-tukar pampers semua. pastu dia ada anak dua orang.... dia kata anak dia kecil lagi...

dia kata masa kerja ada pembantu rumah. tapi siang je. malam dia la yang kena jaga... dia tak bagitahu la dia kerja atau belajar apa... farah tanya penah tak dia rasa down ataupun patah semangat. dia kata ada la kadang-kadang. tapi dia ada suami yang sokong dia dan dia kata dari kecil dia memang mentally strong. abang usop kata Allah uji dia sebab dia kuat...

tapi korang faham tak apa yang cuba disampaikan ni???? tak rasa dia HEBAAAAAAAAATTTT ke???? ini bukan hebat ini SUPER HEBAT! LUAR BIASA!

sejujurnya saya sangat kagum dengan kakak ni... masa dengar tu macam meremang...

ini lah baru kita panggil SUPEEEEEEEEEEERRRRR MAAAAAAAAAAAKKKKKKKKk!!!!!!!!!

kakak, kat mana pun awak siapa pun awak... awak memang hebat.. semoga awak kekal tabah. saya admire dekat kakak...

ya saya pun kerja dan belajar. saya tahu betapa sukarnya keadaan itu.. doakan saya juga kuat. sabtu ni nak test. buku memang tak pernah buka selain masa dalam kelas. good luck lia.. balik temerloh untuk mendapatkan sedikit cakura dari rumah soon...

lia kata: saya dan diana ada tagline baru "tak de masalah yang tak dapat diselesaikan" heehehhehehe