Monday, February 21, 2011

A to da C to da C back to da A

21 February.. result ACCA keluar... hmmmmmmm hari ni aku dok sebok nak tahu result orang..

JEALOUS!

kalau la beberapa bulan dulu kau serius sikit pasal test mesti hari ni pun aku tengah berdebar-debar...tak pe lah.. dah lepas.. itu dah aku ambil sebagai satu pengajaran yang berguna... hehehhe

dengki tengok kawanw dah complete ACCA. antaranya aizat, marina, put,thirah,intan, terbaru izzah dan al.. ada yang tinggal lg 1 atau 2 macam shy, leen...... hmmmmmmmm aku? ada 4 lagi.. panjang lagi masa.. kalau semua satu seating je 2 tahun lagi. kalau repeat? hmmmmmmmmmmm

azam aku satu je.. nak lulus semua paper single seating! tolong doakan ya.. sem ni ambil P1... tengah kelas lagi 2 minggu ada test yang pertama... GOOD LUCK!!!

lastly.. congratulations to all my friends.. kamu semua memang hebat!!! aku dengki tapi aku bangga dengan korang.. korang memang hebat...

tapi aku rasa kau hebat sebab buat part time ... khahkahkhakhkahka ok tu ayat nak sedapkan hati je sebab lambat lagi nak habis..

Sunday, February 20, 2011

no title

saya agak bosan

saya suka bersms tapi dah tak da orang nak layan

sms-pal dah tak de.. tak tau nak msg sape.

sms kawan dorang balas sikit2 je.. nak ngada2 nak manja2 nak luah2kan prasaan sket dah tak de tempat.. tak de orang nak layan.....uhuhuhuhuhuuhuh

tekanan

mesti ramai akan nasihat.. dunia semua tu.. baik pg mengaji ke sembahyang ke.. baiklah saya akan pg solat.. hehhehehehe

sunyi macam ni lebih baik kita cari jalan baiki diri dekatkan diri kepadaNya kan.. dosa dah la bertimbun2..

Ya Allah... Janganlah kau pesongkan hati ku setelah  kau memberi petunjuk kepadaku..Kau tunjukkan lah aku jalan yang benar mana yang terbaik untukku .. kau permudahkanlah segala urusanku dan kau berilah aku kebahagian dan kejayaan di dunia dan di akhirat..Amiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiinnnnnnnnnnnn
anda setuju tak kalau saya kata cara kita kenal seseorang tu akan buat kita ada tanggapan sendiri tentang orang itu. contoh A kenal B dari sekolah.dia dah biasa dengan B. bagi A, B ni seorang yang baik, peramah.. berlainan pula dengan C ni... C pertama kali kenal B sebab mereka serumah.. C cakap B ni sombong sebab tak tegur dia tak borak dengan dia ...

Sejarah saya pula masa sekolah rendah kalau masa perjumpaan cikgu dengan ibu bapa.. ayat yang sama je keluar "Anak puan ni pendiam sangat.." napa senyum? tak caya? hang tak caya hang tanya li uhh... huhuhu
tapi memang itulah saya. saya bukan peramah.. saya takut orang sebenarnya.. kalau dalam bas saya tak kan tegur orang sebelah.. saya tak reti nak beramah mesra dengan makcik2 jiran sebelah... saya akan senyap je kalau dengan orang yang tak biasa... itu memang saya,... tak caya lagi kan? tak caya sudah la..

ada orang kata saya ni peramah.. senang nak masuk dengan semua orang.... saya dengan ini hendak menyangkal pujian itu.. hhahaha bagi saya seorang yang peramah ialah kamu campak je dia kat mana2 dia akan mulakan perbualan dengan segala peringkat umur.... dengan semua status masyarakat. itu peramah. dan itu BUKAN saya...

saya pemalu saya tak reti berborak saya punya komunikasi agak sedikit teruk.. uhuhuh berlainan kalau di dalam talian (online)... itu lain.. saya tidak nampak muka orang itu.. saya tak kisah saya jadi kurang malu....saya begitu... hhuhuhu

kenapa saya beria2 explain benda ini? hmmm tak mahu beritahu tapi ada sebabnya... saya masih tak boleh masuk dengan orang ini.saya sebenarnya takut dengan dia. mesti dia fikir saya bosan saya sombong... begitu juga mereka ini.saya mahu ada keadaan seperti yang dulu ketika menyewa di kala masih kuliah.. saya tidak reti...

ok saya sudah penat mengarut. kesimpulan: kita mungkin tidak sehaluan dengan orang2 lain tapi kita patut hormat pandangan orang sikap orang itu dan lain2...keduanya, hmmmmm walaupun kita rapat dengan seseorang tu belum tentu kita semuanya tentang orang itu.. ketiga: kalau kita tak gaduh dengan seseorang tu tak bermakna kita rapat dengan orang itu.. dah la... assalamualaikum

Tuesday, February 15, 2011

sELAmAt ulANgtAHun sAYaNg


16 February 2011 ialah ulang tahun kami yang pertama.... YA yang pertama.. hah? kenapa pilih tarikh ni.... sebabnya ini......



Road tax mati pada tarikh ini jadi kami anggap ini ialah tarikh ulang tahun kami.. sweet kan kitaorang... hahhaha

excited gila tuk entry ni sebab nak cerita memori2 bersama Jericho.... cerita ni akan jadi sangat panjang so kalau sudi baca sampai habis k..

Akhir tahun 2009 dah bising2 kat abah cakap nak beli kereta sebab susah nak pg kelas.. kelas kat Sunway College.. sebelum jericho ada saya pergi kelas tumpang Aimi..pagi2 buta akan naik star sampai sentul aimi akan ambil.. kadang2 naik komuter..itu sangat penat.. balik biasanya naik komuter..liyana akan hantar kat komuter subang... dikesempatan ni nak ucapkan terima kasih tak terhingga kat aimi dan liyana.. appreciate it... korang antara penyumbang saya pass P3.thanks...

disebabkan itu saya pun suruh abah cari kereta..ingatkan nak VIVA Elite sebab suka bentuk dia.. tapi sebab tak yakin nak drive takut langgar apa2 so decide nak second hand je... dan sebab nak murah sikit bayar bulan2... so abah pun jumpe sebuah GEN 2 ni... mungkin dah memang jodoh saya dengan jericho.. dia pun handsome ok...

tapi ingat lagi dulu time study lagi ma tanya nak pakai kereta apa.. masa tu saya jawab.. GEN2 colour hijau <sebab hijau is my fav colour> hehhee tak sangaka sekarang betul2 dapat gen2 tapi hitam <selalunya kelabu sebab kotor.. hahahha>

so masa Chinese New Year 2010 <macam memori masa CNY cite lain kali>...... kali pertama bertentang mata dengan Jericho.. masa tu semalamnya baru abah amik jericho. abah pun jemput kt stesen bas naik jericho... perasaan masa tu memang sukar digambarkan.. SANGAT GEMBIRA!!!!!! yelah beli kereta dengan duit sendiri... sukar nak dijelaskan..mungkin awak pun faham how it feel kan.. so ni gambar masa malam pertama kitaorang...

ops sorry gambar tu turn out tak elok plak so tak letak... ok malam tu excited nak test drive.. oleh itu saya pun ke kedai dengan penumpang yang pertama! iaitu adik saya aida dan amir.. hmmmm masa ni lah nama jericho tercetus.. hehehe kat kedai tu jericho tak boleh start.panggil abah panggil orang semua..saya aida dan amir lepak sambil borak-borak.. aida tanya nak bagi nama apa kereta ni... aku cakap kena bunyi j sebab dia gen2 dan kene nama lelaki ... macam2 nama keluar lepas tu aida sebut jericho.. sebenarnya sempena nama Jericho Rosales. kenal? tak? tak kenal sudah..hahha adik saya yang am tu ada orang cakap muka dia macam jericho rosales versi hitam.. hahahhaa cuba korang tengok sama ke tak eh? ahahhaha promote plak...

Hmmmmmmm....... mula2 abah tak bagi pun bawa jericho ke KL.. dia suruh praktis dlu kat temerloh... "orang bukan sayang kete tu..orang sayang awok tu" kata beliau berulang kali.. jadi terpaksa la akur dgn perintah itu.. jericho berkhidmat kat abah buat masa tu... lama gak tau.. ade lah 4 bulan.. tak leh tahan dah.. memberontak sket baru lah abah bagi.. hahhahahahh

dengan sangat confidentnya drive ke KL... kecut jugak perut .. main redah je.. jalan dari start gombak nak balik rumah pas keluar highway mana tahu..redah je!! hahhaha kat KL pula tempat pertama pegi ialah Sunway College.. time tu pegi final exam.... main redah je...

start dari tu bermula la pahit manis memori dengan jericho... karaoke dalam dia... kadang2 menjerit, makan dengan dia...hmmm i love u sayang.. hahah kecederaan pertama yang terbesar ialah terseret tong sampah besi dekat N9. masa tu nak pegi wedding dayana.. punya la panjang calar kat belah kiri tu dari pintu belakang sampai pintu depan.. hhahah lepas tu banyak la.. langgar tu langgar ni la.. gesel ngan kete orang la kat parking.. ni gamabr dekat bahagian bawah.. kalo buat spotcheck kat jericho, huh banyak gila kesan2.. hhaha tiap kali balik kena spotcheck... abah tau je ada kesan baru ke tak.. hahahha



kejadian paling tragik ialah masa bulan puasa 2010... masa tu baru balik dari kelas.. pukul 6 lebih kot.. masa belum sampai dekat pintu gerbang dekat UM tu, ada perasan kereta sebelah tu gelak2.. tapi sial betul dok gelak je bukan nak beritahu pun... so bawa je lah macam biasa..radio pasang kuat... lama2 rasa something wrong jericho jadi slow.. so berenti la dekat tepi jalan dekat nak sampai mid before masuk jalan ke cheras tu.... rupanya tayar pecah!!!!!! time tu dah dekat nak berbuka.. kereta sorang pun tak berenti.. fon plak sangat uzur.. first time experience benda ni.. sebenarnya 2 3 ari sebelum ada nampak banyak kereta mati tepi jalan pastu terpk..kalau jericho camtu apa la nak buat ek.. tup tup dah kena dah... melangut je la tepi jalan tu... by the way sempat ambil gambar lagi.. ahhahaha pecah terus .. kelakar je....


waktu ni sangat kelakar.. kol Am Assurance tuk tolong sia tanya ada spare tyre tak.. dengan confident je cakap tak de.. pastu abah kol abah cakap..
Abah: ade lah
aku: mana? tak de pun dalam bonet
abah: buka lah lapik tu ada la bawah tu
aku: oooooooooooo
sangat noob ok.. lepas pada hari tu mampus kene gelak ok... abah cakap takkan nak letak macam Pajero tu... ok tau noob.dah2 la tu gelak.. ahhaha tunggu punya tunggu lama gila orang tu nak datang... abah soh kol kawan.. tapi tak tau nak kol sapa <kesian kan tak de pakwe> pastu adalah toy truck brenti..seorang pakcik pun keluar... dia offer nak tukarkan tayar tapi nak RM30...  tolong tak ikhlas langsung!!! huh tapi thanks la pakcik kalau tak, sampai pukul brape la aku kat situ... so dia pun tukar.. balik buat pertama kalinya bawa tak sampai 50km/j sebab pakcik tu pesan macam tu ..sebab tak balance..spare tyre kecik... aku cakap kat ma "ma kalau yang tolong tu mamat handsome & tak mitak upah, ya dah bawa balik jumpa ma dah" ma pun apa lagi gelak tergolek2.. hahhahahaha

itu baru tayar, 2 3 ari lepas tu.... bateri plak.. time tu kat kelana Jaya. petang juga nak buka puasa juga...bateri kong... pas kol abah kol sana sini kol orang bateri, fon pun mati... tapi nak kena hidupkan sebab nanti orang bateri tu nak kol kalau dia dah nak sampai... nak nangis dah time tu.. memang nangis dah pun.. sorang2 kat situ.. bulan puasa orang pun dah ramai balik tak de sape nak mitak tolong... berlari2 cari tempat nak pinjam charger... dari satu kedai ke satu kedai.. kat situ tak de kedai fon... memang nangis dah.. sedih betul.. last2 tumpang kat guard pnya tempat.. nasib baik dia ada charger... orang tu pun datang...dia pun tukar.. siap pinjam duit lagi sebab baru pas kering tukar tayar... thanks kak zeti.!!!! love u.. jasamu akan ku kenang sampai bila2.... waktu ni abah dah bising sebab dia suruh kol kawan suruh teman.. tapi tak de kawan =( lagipun jam seme lambat kalau nak datang pun.. tu lah antara kenangan dengan jericho.. thanks sayang bagi experience kat i.. huhuhuhu apa pun saya tetap sayang awak.... banyak jasa awak kat saya.. bawa saya ke kelas bawa g jalan2... yang paling best bila tengok adik2 gembira naik awak macam kat bawah ni..........


Akhir kata, Jericho, lia sayang awak... sangat2.. terima kasih atas jasa2 awak.. sorry sebab selalu cederakan awak.. sorry kalau ada aksi2 dalam awak yg saya buat tapi awak tak suka... sorry kalau selalu biarkan awak kotor.. sorry tak selalu mandikan awak sendiri... sorry lambat hantar awak pergi servis <duit tak da sayang>... semoga awak sihat2 selalu dan silalah bertahan dengan saya....
 SELAMAT ULANGTAHUN SAYANG................. love -lia-




Sunday, February 13, 2011

bOsAN

Hari Ahad yang bosan...........

Sebelum itu ingin saya merecap kembali apa yang berlaku di hari sabtu semalam......

Durian - kuey teow - 3 cucuk sate di SS 2 PJ kemudian jagung bakar di ampang Look Out Point. samai rumah pukul 2 pagi.. pengsan terus..

fon mati-tak bangun-miss kelas-bangun pukul 12-tengok melodi-masak bubur nasi-facebook-tido-terbangun macam guruh2 je-bangun dah pukul 9 lebih-tengok mentor-facebooking lagi-makan maggi-facebooking lagi-tido

BOSAN.. niat asal nak pg kelas kemudian balik kelas nak buat kerja pastu nak mandikan jericho.. semua tak jadi. sekian bosan.


Monday, February 7, 2011

Notis pembaharuan

Dear Jericho,

lia tengah merenung dan mnatap renewal notice insurans awak ni... jumlah pembayaran di kaunter=RM973.10 + road tax RM90... botak la lia bulan ni sayang oiiiiiiiiiiiiii........ tapi tak pa.. disebabkan lia sayang awak, lia akur dan redha dengan kebotakan yang menimpa...

hari ini baru la saya tau nak renew road tax kena renew insurans.. hahhaha saya tau road tax dah nak mati then budget tuk bayar road tax je.. dan savinf tuk insuran yg akan mati bulan 3.. saya ingatkan bayar asing2.. yeaaaaaaa saya NOOB. sekian.

lagi satu ari ni saya baru tahu CC tu stand for cubic capacity... yea saya NOOB.. hahahah tapi saya tanya trainee saya pun dia tak tau CC stand for apa ok.. bukan saya sorang noob... hahahhaha

tapi kenapa awak sangat mahal en. jericho?? shy cakap saya pakai kereta "mewah".. lawak la... hahhahah tak pe la sayang,, i'll do anything for u... u tak dengar kan i merungut-rungut ni?? i sayang u... hahahaaha please jangan merajuk dengan i ok.. next month i janji i hantar u pergi servis ok.... sila bertahan untuk sebulan ni....

ooooo nanti 15hb saya bercadang nak bercerita tentang kisah cinta saya dan jericho... tunggggggggguuuuuuuuuuuuuu <poyo macam ada orang nak baca>
Nite jericho sayang... much love -lia-

Saturday, February 5, 2011

speak now

ok last... 

leia-black

second last lagu tuk hari ini.. lagu untuk lia hasmira.. muahahahahah

Tidak ku sangka hubungan kita
Akan di duga sebegini
Kerna ku jauh di kota
Dan kau pula menyepi di sana
Terpaksa menerima
Hakikatnya ku di sini
Dan kau pula di sana
Chorus
Malam ini ku hadiahkan
Sebutir bintang pengganti kata-kata
Dengarlah janjiku padamu
Sang rembulan menemani
Sementara menanti waktu bersama
Sabarlah masanya kan tiba
Seringkali ku terbayangkan mu
Dalam mimpiku kau tersenyum
Sedihnya rasa pabila ku bangun
Dari nyenyak tidurku
Masih ku keseorangan
Kerna ku di sini
Dan kau pula jauh di sana
Ulang Chorus
Hari demi hari ku nanti
Tiba malam hari
Kan ku pejam mata
Lihat kau tertawa
Dalam mimpi kita berdua
Terbang di angkasa
Hidup kita sempurna akhirnya

menyesal-asmara

Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri
Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku
Hanya dirimu
Tulus cintaku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku


yang ni pun antara lagu kegilaan saya sekarang ni...  lagu sixth sense banyak jugak sedap2.. lagu ni jugak lagu kegilaan zeti alyani.. hahha mari karaoke sama-sama saya letak lgu dia ok.. enjoyyyyyy

InsyaAllah

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and that you’re so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Every time you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that it’s way too late
You’re so confuse
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Oohh Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one who can show me the way
Show me the way
Show me the way
Show me the way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
We’ll find our way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
We’ll find our way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way

 lagu terbaik sepanjang abad.......... dia sangat awesome.... dengar kata nanti lagu ni nak dimelayukan.. maheir zain dah record dah pun... hmmm tak sabar juga nak dengar...

awan nano


Awan Nano by hafiz.. video klip die bagi saya sangat best.... lagu ni pun best... sapa yang buat music video ni ye... ni lirik lagu ni...
Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

 hafiz ni hebat la.. nyanyi live pun sama je bunyi dia.. dengar eh