Monday, January 30, 2012

#AJL26 - AWAN NANO

Jyeahhhhh!!!! sangat excited nak review pasal AJL....! baru je habis macam tak boleh tidur pula macam aku yang menang kan! sebelum pukul 9 sebelum show start.. top3 saya adalah Awan nano, penakut dan sedetik lebih.. ye lah penakut dan sedetik lebih kan ada sejarah dekat AIM... ok tunggu depan tv dari siang kot tak keluar pergi mana pun.. hahahaha mari review satu persatu. saya akan tulis lagu-penyanyi-lagu-lirik ok?

Wanita seluruh dunia - Projek Pistol-Boy Clifford (vokalis dia) - yang ni aku bias sebab aku memang tak suka dia masuk.. hahaha persembahan pun biasa je except that music opening aku rasa wow sekejap. setakat letak background wanita-wanita gedik tak ada apa impak pun pada aku. ok next.

Sedetik lebih-Jacklyn Victor (Asal Anuar Zain)-Edry Abdul Halim - Baju cantik juga... apa yang aku tengok (aku dok review komen orang kat FB and twitter) ramai orang komen Jac kurang feel dari AZ. Aku rasa ok je. best je..... arrangement lain... aku suka versi AJL ni. aku rasa dia nak bagi sesuai sikit dengan Jac. dan pada aku memang sesuai sangat.. 

Kakanda Adinda - Monoloque & Atilia-Loque - music arrangement best! ada orang ketuk-ketuk gendang ke apa ntah pancaragam punya benda tu semua. dia jadi sangat lain... tapi Loque nyanyi ada sikit problem la... Aku selalu perasan dia nyanyi live mesti problem... hmmmmmm sayang betul.... tak tahu la zaman butterfingers dulu dia macam mana tapi selama dia nyanyi lagu ni aku rasa live dia mesti something wrong.. kesian Atilia nyanyi dah sedap dah... music dah sedap dah. pastu movement atas pentas pun macam awkward je... hmmmmmm

Gadis Semasa- Yuna-Yuna - Fuuuuuhhhhh yang ni lagi lain music dia! sangat different sangat lain dari CD... dan saya sangat suka... one of the comment aku baca.. Yuna bodek sebab belakang kat video tu ada Media Prima punya logo.. ahhahaha aku pun ada terfikir macam tu.... selain dari music, persembahan biasa je... tapi gitar dia lawa gila! dan juga gitar kuning guitarist dia syafiq vai kot nama dia...baju dia cantik! pada aku la.. lagi cantik dari baju lagu penakut tu....  aku mesti nak download versi AJL ni... yuna memang sangat talented... tengok macam mana dia boleh arrange lagu tu jadi sangat lain! tak sabar nak beli second album dia (ok sekarang dah bias peminat) hahahahahha

Kalau Berpacaran - Suhami Mior Hassan, Ana Rafalli & Altimet - Fuhhhhhh akhirnya dapat tengok stage digunakan sepenuhnya dengan meriah... tahun ni kurang elemen2 backdrop la... semua orang kosong je.. bosan juga... bila lagu ni je aku happy sikit nampak sikit warna-warni pentas tu.... dengan motor Ducati si Altimet tu lagi... ada orang cakap Ana gedik.. aku rasa ok je... dia nak feel lagu kot.. tang mana gedik ntah.. tu mesti orang2 yang tak puas hati tahun lepas... hahahaha

Cinta Muka Buku - Najwa Latif - Najwa & Ika Latif - satu word je. COMEL!!! sangat2... not bad la... start dengan video cover2 lagu CMB tu. pastu ada frame youtube tu.. pastu ada cinta muka buku punya page... yang paling comel belon-belon banyak2 tu. serious sangat comel...!!!! aku sukaaaaaa belon tu.. hahaha

Karma-Faizal Tahir-Audi Mok-Faizal Tahir - Haaaaaaaaaa...... yang ni memang pasangan komposer yang banyak kali dah menang.... lagu ni ok aku suka jugak... FT buat gimmick piano terbakar pulak dah..... fuhhh besar kot api dia aku risau je kalau piano tu terbakar semua... siapa nak jawab tu? haha haaaaa nak promote drummer sikit boleh? hebat kan dia ketuk drum? nama dia Jenk.. Modread punya drummer.. petugas kat Kamar Seni AG Coco....  Drummer terbaik tu walaupun masih muda belia lagi... huhhuhuhuhu

Kisah Hati -Alyah -Manusia Putih -  Haaaaaaaaa ternganga tak sekejap tengok dia jadi anak patung pusing-pusing? hebat kot... tak bergerak pun rambut dia... hahahahahaha Alyah memang power la... calon untuk menang vokal juga tu. nyanyi sama macam dalam CD kot... huhuhuhu... yang bikin panasnya ada cik abang Remy Ishak la plak last2.. untunglah dapat sandar kat Remy. Marah la Tiz.. eh aku pun marah! hahahahahha

Sg Lui - Aizat - Aizat & Anas Amdan - Satu je nak cakap... tak boleh berhenti ternganga tengok si orang belakang Aizat tu duduk melukis guna pasir. aku tak tahu art tu nama dia apa.. tapi hebat kot! aku dah hilang fokus kat aizat dok tengok orang tu melukis! ini salah satu calon persembahan terbaik.. bagi aku laa.... sampai sekarang aku kagum! tapi dah habis tadi anas cakap laptop mac pro dia hilang orang curi! jahatnya! pulangkan la woi! ada lagu baru dalam tu jahat sangat kenapa mencuri masa ni!!!!!!!

Penakut - Yuna - Yuna - Calon top 3 aku.. tapi tak dapat =( its ok.. tahun depan kita cuba lagi dengan terukir di bintang pulak! wehooooooooooo aku suka sangat lampu2 tu! sangat cantik!!!!!!!! nak hias bilik dengan lampu banyak2 macam tu NAKKKKKKKK!!!!! terpukau kejap... baju pun cantuik padan dengan turban. yuna ni memang taste fashion dia tinggi walaupun aku tak suka orang pakai turban tapi bila yuna pakai nampak ok je.. nampak tak betapa bijaknya dia bergaya.. gila betul makcik ni!

Awan Nano-Hafiz-M.Nasir-Budi Hikayat - Ok semua orang dah dapat kenal Budi Hikayat kan... macam tu orangnya rupanya. aku memang teringin nak tengok makhluk Allah mana yang tulis lirik yang sangat puitis tu.. huhuhuhu ini memang paling legend! pakai baju tshirt dengan seluar track macam dalam video klip je... ! kalau aku jadi dia aku simpan baik2 baju dengan seluar tu! epic gila baju tu. dan 10 tahun akan datang orang akan still talk about this macam baju ramlah ram yang orang cakap sampai sekarang tu.... dan tak dilupakan pakcik hermatino yang cool... ending dia sedih la.. memang touching habis. dia nyanyi macam cd pastu feel dia memang tahap tertinggi punya! ada kt twitter macam2 pasal baju ni.. antaranya.. baju paling menepati tema... boleh terus terjun dalam air.. hahaha ada kata patut masa mula terang tu letak johan.. tapi kacau la mood lagu ni! lagu ni bukan untuk lawak ok... 

Beribu Sesalan - 3 suara (Ning, Jac, Shila)- Kevin Chin-Tinta S - tak tahu kenapa memang malam ni kurang best sikit kalau banding dengan persembahan yang aku pernah tengok. dan Shila bagi aku tenggelam .. tak macam selalu dia nampak sama je 3 orang. tak tahu tang mana silap dia. tapi still best la. baju masing2 tak ingat! aishhhhhhhh

Oh persembahan opening best! closing pun best! tapi tribute 1 orang je .. kalau banyak2 lagu orang lain mungkin lagi menarik. tapi 3 suara lelaki ni lagi best dari 2 suara wanita tu untuk malam ni.. hahahahahha

ok seperti yang kita tahu
Persembahan Terbaik - Alyah Kisah Hati
Vokal Terbaik - Hafiz Awan Nano (2 kali berturut-turut beb)
Tempat ke3 - Karma-Audi Mok-Faizal Tahir
Tempat ke 2 -  Beribu Sesalan - Kevin Chin-Tinta S-3 Suara
Juara AJL - AWAN NANO- M Nasir0Budi Hikayat-Hafiz

penutup hari yang paling bahagia... Big congrats tu Awan Nano team & Hafiz.... akan jadi peminat setia Hafiz lepas ni mungkin.. aku dok sing along masa dia nyanyi lagi sekali tu! puas hati gila!!!!! hahahaha Yuna & the team. jangan risau.. anda tetap no 1 di hati saya! congrats to others. ok mari tidur.. buat macam esok tak kerja ni kenapa?

Wednesday, January 25, 2012

rokok dan kopiah

salam.. lama rasa tak merepek kat sini. malam ni cuma nak kongsi video awesome gila dari adik aku yang sangat luar biasa ni. yup matluthfi90 again. sebenarnya video ni dah lama dia upload. aku dah download aku dah tengok berulang-ulang sampai tak terkira dah berapa kali. pada aku ini best video dia so far. justeru maka dengan itu aku nak share beberapa part dalam video ni yang aku sangat suka sangat terkesan sampai aku boleh tengok berulang kali video ni.... awak semua patut tengok ni. oh aku akan tulis beberapa dialog bawah ni.. ML sebagai Matluthfi dan KD sebagai kawan dia. ok?



Part 1-ML balik rumah call cikgu yang jaga adik dia. adik dia yang ada downsydrome. lepas tu ML cakap kat KD

ML: Hang tau dak actually downsydrome ni.. dia bukan cam kecacatan tau.. dia cam different personality je..
KD: habis tu kenapa orang panggil diaorang tu abnormal?
ML: pasai depa MINORITY
KD: tapi still bukan dia ada sedikit kekurangan
ML: kekurangan? depa jugak ada kelebihan kot
KD: lebih macam mana?
ML: kromosom
KD: kalau ko nak cakap bab tu.. bab-bab logik memang kau menang la

pernah tak korang terfikir macam ML ni? betul juga kan. sesetengah benda kita anggap diaorang semua kurang upaya la apa lah hanya sebab mereka ni kaum minority. contoh macam orang downsydrome ni orang buta... kanak-kanak istimewa. orang yang berfikiran lain sikit daripada kita. kan? kadang-kala orang macam ni Allah kurniakan lebih kelebihan melebihi apa yang orang normal ataupun sebenarnya orang yang kita pandang sebagai normal ni ada. ok mari teruskan..

ML hidupkan api rokok dan mula menghisap rokok lantas dia di halau oleh kawannya...
ML: hisap rokok sikit pun tak boleh <sambil pergi jauh dari kawan dia>
KD: tak de ah. ko macam tak tau.. rokok ni bahaya kot
ML: bahaya? ada orang hisap rokok dia hidup bertaun kot ada orang jaga kesihatan dia exercise semua dia hidup sat je.
KD: tapi still ah ko main dengan risiko ni
ML: risiko apa hang dok cakap ni? hang tu dok pakai spender dok pakai fon dok makan maggi semua tu tak dak risiko cancer?
KD: tapi bende tu haram
ML: hang semua bende haram. selamat aku beli ukulele.ukulele tu dosa dia separuh daripada gitar kan ustaz kan?
KD: tapi still la.. selain daripada ko membazir gila dekat situ. padahal ko boleh bagi adik kau ke bayar education dia ke
ML: hang tau tak satu batang rokok ni boleh buat aku stay up dalam 2 3 jam. 2 3 jam tu aku boleh assignment tau. jadi apa beza rokok aku ni dengan extra class yang hang ambil tu

kat sini masing-masing dok lempar point depa pasai apa kelebihan dan keburukan rokok ni. semua pun depa dah habaq.. tapi nanti kita boleh nampak ML tunjuk pasai apa rokok tu haram... mari sambung lagi...

situasi sekarang KD punya result test teruk. ML cuba nak ajar macam mana nak hilangkan stress. ML hulur rokok kat KD
KD: bende ni bukan boleh ubah markah test aku pun
ML: memanglah tak boleh ubah.. tapi boleh buat hang hilang tension
KD: tapi aku tak nak mati awal
ML: awai ka mati lewat ka everybody is going to die anyway 
KD: ok.. lalu mematahkan filter rokok lalu disuakan ke mulut ML
ML: awat hang buat.. awat hang bagi patah filter dia pandai!
KD: filter tu untuk apa?
ML: dah nama pun filter untul filter content dalam ni la
KD: but.. EVERYBODY IS GOING TO DIE ANYWAY
ML: not bad

yeahhhhhhh ini paling bagus untuk perokok semua. kenapa tak hisap rokok tanpa filter? takut pula bahaya content tu semua. hmmmmmm 

ML:ok.. disebabkan rokok tu haram untuk hang. aku ajar hang macam mana nak express kesedihan result hang dengan ukulele. meh sini aku ajar hang dengan satu lagu
KD: eh eh bende ni haram la
ML: sapa kata?
KD: ustaz aku kata
ML: tapi ada ustaz aku kata boleh
KD: ustaz tu salah la kot
ML: KALAU ADA 2 PENDAPAT BERBEZA... SATU KENA SALAH SATU KENA BETUL KE? TAK BOLEH KE DUA2 BETUL? 
KD: maksud ko apa?
ML: ye ah..dua2 ustaz kot.. tak boleh ke dua2 pandangan betui walaupun depa berbeza?
KD: mestilah lagi strict lagi betul
ML: oo kira agama ni lagi strict lagi betui la?

kan? memang hidup ni semua berpasangan. kecil-besar jahat-baik kering-basah rajin-malas... tapi macam ML cakap... tak boleh ke dua2 betul? lari sikit dari apa yang depa bincang kat atas ni... yang penting semua ialah RESPECT. kalau orang tak buat apa yang kita buat.. tak semestinya kita salah dan orang tu betul. 

KD: eh tapi aku ada bende pelik la. camne aku tengok kau hari2 semangat ah? padahal ko ibadat tak de pun
ML: tu la hang bergantung kat tuhan.. BILA DIA TAK BAGI HANG MARAH. hang tension. aku tak bergantung kat sapa2. aku jenis pick up positif je. aku pk apa2 jadi kat hidup aku.. must be a reason behind that.jadi hidup aku senang. hati aku senang
KD: habis tu bukan orang cakap kalau lagi banyak ko ibadat lagi dekat dengan tuhan lagi hati kau tenang ke?
ML: KALAU IBADAT HANG IKHLAS.. come on la wei. tuhan tak pernah salah kot. dia dah atuq semua elok2 kot.. sebab tu la nama dia tuhan dowh <sambil sedut rokok takde filter tadi lalu terbatuk2>
KD: heh..batuk... ha BETUL LA.. DIA DAH ATUR DAH BENDE TU HARAM..
ML: tak dak filter kot...

dalam hidup ni bagi aku memang kita kena dekatkan diri kita kat Allah baru kita redha... tapi betul juga ML cakap... semua kita buat kena ikhlas... kalau tak... kita dok salahkan tuhan je bila dia tak bagi apa yang kita nak... bila kita dah serah semua kat Allah.. baru kita akan terima apa saja yang jadi dalam hidup kita... bak kata ombak rindu.. REDHA ITU IKHLAS

di malam yang lain.. pagi2 buta ada bola ML bangun nak tengok bola. dia kejut kawan dia untuk solat subuh
ML: bangun bangun subuh
KD: apasal awal sangat kau bangun?
ML: aku dah bertaubat
KD: tengok bola boleh plak..
ML: tengok bola aku minat.. sembahyang aku tak minat
KD: JANGAN TUHAN TAK MINAT SAMBUNG NYAWA KO SUDAH
ML: sebelum ni aku tak sembahyang tuhan minat je
KD: NTAH2 BUKAN MINAT.. KESIAN JE EK

kita selamba je cakap tak minat buat apa yang tuhan suruh.. kalau tuhan tak minat nak sambung nyawa kita macam mana? di hari yang lain ML ada masalah dia tension pasal ada something happen kat adik dia rasanya...

KD: tapi kau boleh share dengan orang lain
ML: share? share dengan sapa? dalam hidup aku aku tak de sapa2 kot..hang semua ada. hang ada mak bapak ada adik beradik.. aku ada sorang adik je.. tu pun macam tu.. tapi aku sangka baik kat tuhan. aku syukur semua. aku mai sini aku kerja aku bayaq supaya orang boleh bela dia. yang aku nak aku nak call dia ja. hari2 ku nak cakap dengan dia. tu je yg aku nak. tu pun tuhan teringin nak amik dar aku. dia memang tak nak aku ada apa2 ke?
KD: aaa jangan cakap macam tu
ML: aku tak dak sapa2 pun. ada banyak lagi orang jahat kat luaq sana. awat depa hidup bahagia dengan family depa? awat tuhan tak amik nyawa family depa? awat aku?
KD: ko penah ada adik istimewa. ko tau nabi kita ada sapa?
ML: sapa?
KD: tak de sapa2
ML: tapi dia ada bapak sedara
KD: tapi bapak sedara dia mana masuk islam. bapak sedara dia dapat teman dia sekejap je
ML: tapi dia ada isteri
KD: bukan masa umur hang <tak jelas lebih kurang ini yg dia cakap>
ML: tapi dia nabi mana nak sama dengan aku
KD: memang tak sama.. sebab dia lagi takde pape kalau nak compare dengan ko
ML: TAPI AKU TAK BOLEH HIDUP SORANG MACAM NI
KD: MEMANG TAK BOLEH.. SELAGI KAU TAK BERGANTUNG PADA YANG TAK MATI

ayat SELAGI KAU TAK BERGANTUNG PADA YANG TAK MATI ni memang menusuk jantung dan boleh buat terngiang-ngiang kot. korang boleh fikir kan apa maksud dia. secara keseluruhannya... video ni memang ML berjaya aku berfikir berkali-kali.. walapun mungkin aku tak bertindak lagi ke arah yang betul tapi memang berjaya buat aku berfikir untuk kesian kalinya. sebagai penutup ayat yang jadi penutup video ni

kepercayaan tanpa rasional - BUTA
rasional tanpa kepercayaan - KONTANG