Friday, December 31, 2010


 1 2 3 gooooooo!!!!! Lagu ni sangat sinonim dengan cik lia.. tapi sebelum tu saja letak yang Hujan main live supaya korang minat hujan =b lallalalalalalalalla

"Waktu duka dulu kita lalui bersama... bahgia bagaikan malam ditemani bintang terang.. hancur hati bila kau undurkan diri.. meninggalkan aku.. meninggalkan ku sendiri!!"

itu lirik yang paling saya suka.. apa kisah lagu ni ahak-agaknya ek:

1) merupakan ringtone handphone saya selma bertahun-tahun (tak ingat bape tahun)
2) kawan saya Aimi Zabidi yang tak minat lagu melayu pun boleh hafal lagu ni sebab dengar ringtone saya..
3) telefon bunyi dalam kelas tiba-tiba bunyi 1 2 3 go!!! <malu>
4) masa putus cinta boleh dengar beratus kali kot lagu ni sebab lirik kat atas tu
5) tak tahu kenap atajuk dia aku scandal..tak tanya Noh lagi
10) tak tahu nak merepek ape dah.. bosan kan blog ni? sebenarnya nak test letak video je tadi dah test gambar.maklumlah budaj baru belajar. nak tulis lain tapi tiada mood. ok bye.

Thursday, December 30, 2010

eNtry pERcUbAAN




Hensem kan?? Saya merujuk kepada jejaka yang memegang hidung dan bunga itu.... Ok sape kata tak jangan sambung baca!!  =b

Gambar ni bukan saya yang ambil.. curi kat page hotfm je.. saya kat KLIA tapi saya tak namapk dia pun. Saya nampak Safee saya panggil dia dia pandang die senyum... Saya panggil Shahrul juga.. die pun senyum kat saya.. ehmmmmmm tak de jodoh kot dengan amar ni.. sampai sekarang tertanya-tanya dia single ke tak.. high % jawapannya TAK kan? saya tahu itu..saja saya nak menggedik.. hahahhaha

Ok puas merepek. bye.Sebenarnya banyak nak type tapi macam kering =(

Tuesday, December 28, 2010

kiSAh hARi sELAsa.......

Wuhuuuuuuuu.... nampak tak muka gembira saya??? hahhaha sekarang pukul 3.41pm tapi dah ada kat rumah... <angkat2 kening muka berlagak> aku tak curi tulang ok.. tapi hari ni ada stock take.. tadi habis pukul 12 lebih je... ok ada sape tak tahu ke stock take tu apa?? malas la nak cite cari sendiri la eh <ayat berlagak> kuangkuangkuang

ok 1st cite pasal stock take ni dulu.. tak jauh pun dekat menara tun razak je..naik star je pegi.company ni provide security equipments la lebih kurang so stock dia tak la banyak sangat.. yang paling mencabar pun nak kira access card je.. alaaa yang kat pejabat korang yang korang tag pastu baru boleh buka pintu tu... mahal juga kad tu eh. patut la kalau hilang boleh charge RM50.. so janganlah hilangkan ya (tak mahal sangat pun ikut jenis la).. nak kira dia kene ade seni sikit sebab dia memang dah susun ikut turutan..tak boleh campur nanti dah lain jadi dia.. fun jugak la.. client pun best.. yang bestnya ade mamat purchasing tolong kira. beliau HANDSOME!!! hahahhahahahhahaha ok abis cite stock take nanti melarat pulak cite mamat tu... taun lepas stock take hotel best nanti kalau rajin aku cite lain entry eh...

lepas lunch dengan kawan aku, aku pun balik la.. memandangkan naik star, so jericho aku park la sebelah maybank macam biasa. memandangkan hari ni balik awal maka ada banyak la kereta kat parking tu. dan ada yang parking tengah2 secara melintang <boleh imagine tak?> nak dijadikan cerita, tadi jericho park kepala dulu... oleh yang demikian aku pun berhempas pulas la nak kuarkan jericho. dekat 15 minit ok. payah gila. walaupun aku dah berusaha sedaya upaya mengelakkan kereta belakang dan belah kanan.. tapi terkena juga.. pemelik kereta berkenaan, saya betul-betul minta maaf.. sorry... dan pastilah jericho pun cedera.. sorry sayanggg.. lia tak sengaja <sweet tak kami> =b

disebabkan rasa bersalah yang amat kepada jericho, aku pun mandikan dia hari ni.. basuh SENDIRI ok. tak percaya? tanya pak guard depan tu kalau tak caya.. huh ok yang sebenarnya ini rekod peribadi.. 1ST TIME ever!!!! aku tak pernah basuh jericho sendiri.. selalunya kedai ataupun adik atau abang yang basuh.. waaaahhhh bukan senang basuh kereta rupanya.. walaupun mungkin tak 100% bersih tapi bersih sikit dari sebelum ni ok.. ahhahahah azam tahun baru 2011 yang ke 4 adalah memandikan jericho sendiri sekerap mungkin ... hehheheheh azam ke 1 2 3 apa? rahsia lo =b


Sunday, December 26, 2010

OfFiCiAL lAUnCh

Hallloooooooo..........

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim... saya, Lia Hamira binti Ismail, pemegang Mykad bernombor 870624-11- dotdotdotdot dengan ini MERASMIKAN blog ini... <pum pak pum pak bunyi gong.. ambil gunting kerat reben letak dalam dulang>

Phewwwwwww...... satu perasaan yang sukar nak digambarkan ok.. hahha Oh kalau anda semua tertanya-tanya kenapa address dia jericholia@blogspot.com itu adalah kerana sebelum ini saya ada buat nama liahasmira tetapi atas keNOOBan sendiri, ia tak berjaya direalisasikan..dan memandangkan sekarang aku sedang hangat bercinta dengan jericho, maka tercetuslah idea nama ni... comel tak kami? =b lalallala

Setakat sekarang blog title ialah lia's lonely life .. sedih pula bunyi.. tengok lah nanti kalau jericho lia dah dipenuhi kasih sayang dari korang mungkin boleh tukar jadi lia's lovely life. bukan apa, saja nak buat ada 3L. cool tak? sapa cakap tak aku sekeh kepala...

ok sempena perasmian jericho lia, anda semua akan dihidangkan dengan pertunjukkan bunga api selama sejam... ENJOYYYY.. much love -lia-

FINALLYYYYYYYYY!!!!!!

Feweeeeeettttt~~~~~~

Ehem ehem percubaan Mic.. 1 2 1 2 yang dkat belakang kalau awak dengar saya sila angkat tangan... hehhehehehe

Ok saya sangat gembira... Berjaya menghapuskan 1 keNOOBan saya.. ok apa kata survey.. patut tak saya teruskan dengan blog ni??? hehehhe

Oh sekarang tengah tengok Final AFF Suzuki.. tak reti nak tengok macam mana.. tapi saya berjaya "spot"m seorang mamat henadsome tapi tak berjaya lagi emngesan apakah nama beliau... Apapun harap diaorang ni menang malam ni.. YEAHHHHH MALAYSIA BOLEHHH!!!!!