Wednesday, June 29, 2011

selepas 6 ialah 7

hellooooooooooo.............

kembali lagi kita dalam rancangan ong ong bak!!!! hahhaha

hari ini 29 jun. bulan enam akan berakhir. lagi satu hari. maknanya aku tak jadi kawin tahun ni. cuba lagi tahun depan =b lalalalallalalala

hmmmm hujung bulan 6... ada sesuatu yang aku tunggu tapi belum keluar. kalau dah nanti aku share.. hmmmm

hujung bulan enam,

selesai menelaah jadual untuk sem baru. aku amik P2. heyp!!! bukan REsit la.. hari tu mana ambil exam. so tak kira resit walaupun pergi kelas untuk kali kedua ok.

jadual saya untuk bulan 7.... sabtu dan ahad akan dipenuhi kelas. ya paper ini kelas memang banyak.aku dah lalu dulu. bila kene barred aku bengang tahap dewa naga. aku sedih tahap macam putus cinta! serius kecewa. jadi kali ini aku mesti pastikan itu tidak berulang lagi...

awak awak awak awak (sebab follower 4 orang je) doakan saya ye.... saya tengok jadual macam nak pengsan.

kelas ini susah. sukatan pelajaran sukar. lecturer je pun bukan sembarangan. sebagai pelajar berpengalaman, aku dapat bayangkan situasi kelas itu. huhuhuhuhu

hujung bulan 6, aku dah berusia 24 tahun. masih sama masih lonely masih begini (ini mengarut)

oh lagi satu benda!!!!!!!!!!!

hujung bulan 6.........

Noh akan menjalani hari-hari terakhir sebagai seorang pemuda bujang. 1 julai dia akan kahwin. begitu juga dengan tomok.. oh aku pasti akan merindui senyuman dan gelak besar dia.. (macam pernah kapel dengan beliau je)

bulan tujuh juga, seorang kawan rapat saya akan bertukar status. gembira untuk dia walaupun aku akan kebosanan dan semakin kelonelian............

ok cukup mengarut. harap-harap dapat cukup kekuatan untuk melalui bulan tujuh dan menikmati hujung bulan enam dengan semaksimanya. tapi esok 30 dan 1 julai... jadual terisi dengan stock take.

tamatlah kisah hujung bulan 6 dan bulan 7 aku. ok bye!!!

Greyers =)


Yeah... inilah yang dicakapkan hari tu... hari tu ingat malas nak post kat fb.. segan. tapi post juga. hmmmmmmmmmmm nak kenal kan siapa ni? confirm la orang-orang yang layan band-band international dan lady gaga macam korang tak kenal dia.. hahahha

gambar ini masa hari sabtu. dekat satu event anjuran Lipton nama dia fiesta Lagi shake lagi riang semperna mempromosikan minumam lipton baru perisa lemon dan peach. air dia kalau lagi shake lagi best la.. hahhahah

jadi mamat ini dan band dia perform masa itu... opening. petang. sebenarnya tunggu HUJAN . tapi hujan closing di waktu malam. hahhaha

semangat pergi tengok band ini kerana semenjak dua menjak ni ada bertwitter dengan mamat ni. dia macam cool je. memandangkan dah pernah tengok band ni live., jadi say pun pergilah... dah sampai tu pun ada tweet2.. lepas tu suruh dia pergi kat gate tu dia pun datang pastu ambil lah gambar..hahahha dalam fon ada beberapa lagi.. abang yang ambil tu snap banyak2 macam perli je bang. huh papa pun kamsahamida.. hahah

ok mari saya kenalkan... nama dia Ejal. vocalist cum songwriter untuk band yang menggelarkan diri mereka GREY SKY MORNING........ mari dengar lagu mereka. antara kesukaan saya ialah lagu ni. tajuk dia Pancaroba....


kenapa saya suka lagu ni.. sebab macam akan jadi semangat. cuba dengar chorus dia "hidup ini penuh erti bila kita berdua lupakan lah segala-gala sengketa janganlah dikenang kita bangkit semula agar kau dan aku hidup dengan bahagia..inilah kehidupan pancaroba!!!!"

lagi satu ini kesukaan sekarang. lagu baru dia... tajuk dia "hilang rasa cinta".. suka sebab macam ada kaitan dengan diri dulu-dulu.. hahhahaha cuba lah dengar.


best tak? ada lagi lagu lain.. kalau rasa yang ni best google la sendiri.. kalau rasa tak best. tak pe la. respect orang lain punya kesukaan. kalau setakat nak cakap pasal band ni tak handsome pasal image ke ape ke.. tak payah la. saya dengar lagu mereka.. hahhaha ok lah penat dah promote.

sekarang saya bukan saja Raingers tapi juga seorang Greyers =)

oh pasal Hujan tadi, malam tu tengok hujan pula. raingers lain main gila. kan event lipton. dapat sebotol lipton free tau seorang satu. depa dok main pesta lipton boleh tak. habis noh kena simbah.satu geng kat situ. saya duduk jauh je dan saya tak join... hahahha

ok bye. happy listening to grey sky morning ya =)

Tuesday, June 21, 2011

mengantuk dah

sebenarnya nak cerita lagi satu pasal minggu lepas tu...

dan gambar yang menggembirakan...

tapi....

sangat mengantuk...

nanti tulis merapu..

jadi yang tu tungggguuuuuuuuuuuuuu (lagi sekali bajet ramai orang baca)

baiklah selamat malam.boca doa tidur. ok bye.

berkelah di berkelah

apa? tak percaya? betul la nama air terjun ni berkelah .. tapi sebut bunyi E yang lagi satu tu la bukan macam berkelah tu juga.. hahahaha tak caya tanya budak bawah 3 orang ni.. hahaha


terletak di daerah kuantan dalam kawasan gambang .. hutan lipur nerkelah berkeluasa xxxx hektar persegi.para pengunjung akan berasa puas bila berada di sini.. hahahhahaa gila

ok lah.. balik dari kampung.. alang nak balik kuantan dah sem dah buka. makanya kakak dia yang baik ni pun pergi lah hantar dia ke sana . adik-adik lain pun ikut. yelah nak berkelah kot tak kan 2 orang je... cantik tempat ni. sebenarnya nak sampai air terjun yang cantik kena kind of jungle trekking sikit. lalu batu-batu macam kat bawah ni adventerous beb... tapi tak banyak gambar masa trekking sebab takut aboh marah.dia dah pesan tak payah pergi atas mandi kat ramai orang dan sebagainya....



 mencabar tak laluan??? hahahha sikit je tu.. yang ekstrem tiada bergambar.. bukan senang tau.. tapi best!!! hasilnyaaaaaaaaaaaaaa.............. taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 cantik tak? siapa geleng aku sepak!!!
 cik nia jatuh. dia tak mahu mandi.. tapi baju dah basah... gelak kan dia.. hahahhahah

 semua orang riang jarang jumpa air.. muahahhaha

 penatlah mandi.. makan jap la....... lapaaaaaaaaaaarrrrr kot dah tengah hari.. ni la bekal kami. semangat wei.. pegi kedai malam tu beli bahan buat kuew teow goreng dengan sandwich.. malam tu juga sediakan bahan potong semua.. tapi ma la yang masak pagi-pagi tu.. hhehehe heypppppp sandwich buat sendiri tau. apa? ingat tak pandai masak ke? =b

 sambung mandi lagi dan lagi

 cantik kan? haishhhhh berapa kali mahu tanya daaaaaaaa.. lepas dah puas.. kami pun turun la balik.. ambil gambar banyak-banyak sikit dekat bahagian bawah sebagai bukti konon-konon mandi kat bawah.. muahahahhahahhahaha
 ok ni mamat poyo.. nak tunjuk kat girlfriend la tu.. huh

 no komen. ini candid ok
 sangat suka gambar ni!!!!!!!!!!

leps dari sini.kami pun menuju ke kuantan hantar alang. sempat singgah kat kuantan parade.. seronok.. lawak pun ada.. macam-macam kelakar ada.. tapi susah nak cerita.. hahhaahah

sempat singgah karaoke jap. malas nak upload gambar dah.. seronok nampa muka-muka mereka gembira.kami ni jarang berjalan..bukan jarang.boleh kata tak pernah la.ni ada rezeki baru lah merasa nak bawa mereka berjalan-jalan. tu pun kena bajet-bajet.saya seorang kot support.masa akan datang minta-minta boleh bawa tempat jauh lagi sikit

minyak RMX makanan RMx karaoke RMx tol RMx.. nampak muka adik-adik gembira=priceless




episod ketiga kot

ini malam last kat terengganu. atas ehsan ayoh teh... kami pun pergi la jalan-jalan. sebenarnya nak pergi naik cruise. oh ini baru buat tau. tarikan terbaru. boleh tengok sini ... dengar kata best....


tapiiiiiiiiiiiii.... (tapiiiiii.... jalan kebenaran.. hahahha iklan jap).. memandangkan kami pergi khamis malam jumaat... semua tutup! cruise tutup! fun fair apatah lagi.. tutup juga.. jadi tak merasa lah jadi tak dapat la nak cerita.. hahahha

tapi (tapi lagi) kami pergi tengok jambatan ni.. ayoh teh panggil jambatan gantung tak tahu la betul ke tak. baru lagi jambatan ni.. dekat kampung cina..

 cantik tak berlampu-lampu.??? kalau korang naik atas tu kan..bila angin kan.. korang boleh rasa dia bergoyang.. sebab tu panggil jambatan gantung.. padahal tu bukan jambatan tali tu.. dia jambatan betul.. hebat tak?? kami kagum gila kot.. jakun nak mampus. goyang tu kuat tau... macam nak jatuh juga la rasa dia.. huhuhuhu




 tak nampak sangat muka... tak reti ambil gambar guna ipong di waktu malam =(
 ni sebenarnya nak tunjuk.. dia tulis Daulat Tuanku. Allah peliharakanlah Terengganu kot lebih kurang.. ahhahahah
tadaaaaaaaaaaaaaaa~~~~~~~~~ ini la rumah tok saya. ni dekat Kg. gelugor haji tahir.. abaikan mamat dalam gambar. dia sewel tak caya tengok bawah. ok bye. 

Monday, June 20, 2011

BBQ time




tak banyak gambar pun. busy masak. BETUL la.. tak tipu!! saya duduk membakar bapa jam ntah. orang makan saya bakar tau.. berpeluh-peluh tau. ni malam kedua atau tiga kat rumah ayoh teh.

sedap woooooooo... ikan bakar sotong ayam dan sosej.. tapi paling sedap kuah air asam mok teh buat.. tak caya pergi rasa sendiri. semua orang puji kot.....

ada lagi aktiviti menarik lepas ni


bersambung.................

balik kampung (cerita belum basi la)

halloooooooooooo~~~~~~~~ akhirnya hari ini termakbul nak cerita pasal cuti 2 minggu..

ok pertama sekali.. oh sebelum tu. saya sedang bercakap tentang cuti study leave saya yang kebetulan betul2 sama duration dia dengan cuti sekolah hari tu.

oleh itu.. yang pertama adalah BALIK KAMPUNG!!!! bagi siapa yang tak tahu (ni perasan ramai strangers baca) kampung saya dekat terengganu =) sebenarnya kan boleh kira agak rare balik kampung masa cuti sekolah.. mungkin aboh rindu kot. biasanya raya je tu pun kalau raya tak balik pun tak pelik bagi kami. tak payah tanya kenapa. hahaha

 sebelum bertolak. tu lah dua kereta yang digunakan. jericho sedia berkhidmat. ni kali kedua jericho balik kampung. nampak aboh saya kat belakang tu?? huhuh

 ini kat R&R Kuantan. ma masak mehun goreng kot. so berhenti la sarapan dulu.. tengok la am tu siap baring... aishhhh

beria kan berkelah?? siap ada woh pelang (mangga) hahahahah 

 toilet buruk je pun tapi gedik nak ambil gambar...

sampai je kat kampung biasalah .. pergi rumah tu pergi rumah ni. sebab ma dengan aboh dua-dua orang terengganu.. dua-dua anak sulung dan dalam dua-dua keluarga.. kitaorang je yang duduk luar terengganu..... sampai-sampai je dah makan nasi kuning.. sedap woooo.. makan ngan kuah lebih kurang nasi dagang.. sedap betul! kat rumoh mok teh...

oh kat kampung pun banyak baby. satu, anak sedara saya. anak kakak yang no 2. ya selain anak abang saya saya ada lagi dua anak sedara.seorang dah 3 4 tahun la kot. ni adik die. tubbuh sungguh dok? berat ni.. hahhaha arih (sebutan bunyi macam tu nama penuh kurang pasti... heheh)

tengok. en mail dengan cucu dia. aboh sekarang suka budak-budak dah pandai rindu-rindu. kitaorang dulu tak de pun.jeles. hahahahhahaha

ok sambung lagi nanti =)

Thursday, June 16, 2011

contengan 1

Masa berlalu.... tanpaku menyedari... hahahhaah

sebenarnya nak karang pasal kehidupan masa cuti 2 minggu hari tu tapi tak berkesempatan lagi. cerita pun dah basi agaknya...

aishhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

saya rasa sangat penat sekarang......ada tak alat untuk mengukur keletihan??? huhuhu

itu masa kini. masa depan saya (saya maksudkan julai dan ogas nanti orang KL cakap akan lebih "hectic")

hidup yang bosan. tapi mengikut kepada bloger ini kebosanan mencipta kelainan.. tapi mungkin tidak bagi saya. follow la blog itu. menarik juga.. (apa ntah mengarut aku ni)

maaaaaaaamaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~~~~~~~~~~~ huhuhuhuhuh penatttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt (tulis t panjang-panjang sebab nabil kata kalau marah tulis arggg lagi panjang g lagi marah la maknanya) ahahhaha

ok bye.

Monday, June 6, 2011

Testing

Testing buat entry pakai ni.. Wooowww bestnya!!!!! Ok banyak nak cerita lagi2 pasal cuti 2 minggu ni.. Nanti sambung ok. Bye.alamak tak tau macam mana nak tukar font la