Wednesday, June 29, 2011

Greyers =)


Yeah... inilah yang dicakapkan hari tu... hari tu ingat malas nak post kat fb.. segan. tapi post juga. hmmmmmmmmmmm nak kenal kan siapa ni? confirm la orang-orang yang layan band-band international dan lady gaga macam korang tak kenal dia.. hahahha

gambar ini masa hari sabtu. dekat satu event anjuran Lipton nama dia fiesta Lagi shake lagi riang semperna mempromosikan minumam lipton baru perisa lemon dan peach. air dia kalau lagi shake lagi best la.. hahhahah

jadi mamat ini dan band dia perform masa itu... opening. petang. sebenarnya tunggu HUJAN . tapi hujan closing di waktu malam. hahhaha

semangat pergi tengok band ini kerana semenjak dua menjak ni ada bertwitter dengan mamat ni. dia macam cool je. memandangkan dah pernah tengok band ni live., jadi say pun pergilah... dah sampai tu pun ada tweet2.. lepas tu suruh dia pergi kat gate tu dia pun datang pastu ambil lah gambar..hahahha dalam fon ada beberapa lagi.. abang yang ambil tu snap banyak2 macam perli je bang. huh papa pun kamsahamida.. hahah

ok mari saya kenalkan... nama dia Ejal. vocalist cum songwriter untuk band yang menggelarkan diri mereka GREY SKY MORNING........ mari dengar lagu mereka. antara kesukaan saya ialah lagu ni. tajuk dia Pancaroba....


kenapa saya suka lagu ni.. sebab macam akan jadi semangat. cuba dengar chorus dia "hidup ini penuh erti bila kita berdua lupakan lah segala-gala sengketa janganlah dikenang kita bangkit semula agar kau dan aku hidup dengan bahagia..inilah kehidupan pancaroba!!!!"

lagi satu ini kesukaan sekarang. lagu baru dia... tajuk dia "hilang rasa cinta".. suka sebab macam ada kaitan dengan diri dulu-dulu.. hahhahaha cuba lah dengar.


best tak? ada lagi lagu lain.. kalau rasa yang ni best google la sendiri.. kalau rasa tak best. tak pe la. respect orang lain punya kesukaan. kalau setakat nak cakap pasal band ni tak handsome pasal image ke ape ke.. tak payah la. saya dengar lagu mereka.. hahhaha ok lah penat dah promote.

sekarang saya bukan saja Raingers tapi juga seorang Greyers =)

oh pasal Hujan tadi, malam tu tengok hujan pula. raingers lain main gila. kan event lipton. dapat sebotol lipton free tau seorang satu. depa dok main pesta lipton boleh tak. habis noh kena simbah.satu geng kat situ. saya duduk jauh je dan saya tak join... hahahha

ok bye. happy listening to grey sky morning ya =)

No comments:

Post a Comment