Sunday, February 20, 2011

anda setuju tak kalau saya kata cara kita kenal seseorang tu akan buat kita ada tanggapan sendiri tentang orang itu. contoh A kenal B dari sekolah.dia dah biasa dengan B. bagi A, B ni seorang yang baik, peramah.. berlainan pula dengan C ni... C pertama kali kenal B sebab mereka serumah.. C cakap B ni sombong sebab tak tegur dia tak borak dengan dia ...

Sejarah saya pula masa sekolah rendah kalau masa perjumpaan cikgu dengan ibu bapa.. ayat yang sama je keluar "Anak puan ni pendiam sangat.." napa senyum? tak caya? hang tak caya hang tanya li uhh... huhuhu
tapi memang itulah saya. saya bukan peramah.. saya takut orang sebenarnya.. kalau dalam bas saya tak kan tegur orang sebelah.. saya tak reti nak beramah mesra dengan makcik2 jiran sebelah... saya akan senyap je kalau dengan orang yang tak biasa... itu memang saya,... tak caya lagi kan? tak caya sudah la..

ada orang kata saya ni peramah.. senang nak masuk dengan semua orang.... saya dengan ini hendak menyangkal pujian itu.. hhahaha bagi saya seorang yang peramah ialah kamu campak je dia kat mana2 dia akan mulakan perbualan dengan segala peringkat umur.... dengan semua status masyarakat. itu peramah. dan itu BUKAN saya...

saya pemalu saya tak reti berborak saya punya komunikasi agak sedikit teruk.. uhuhuh berlainan kalau di dalam talian (online)... itu lain.. saya tidak nampak muka orang itu.. saya tak kisah saya jadi kurang malu....saya begitu... hhuhuhu

kenapa saya beria2 explain benda ini? hmmm tak mahu beritahu tapi ada sebabnya... saya masih tak boleh masuk dengan orang ini.saya sebenarnya takut dengan dia. mesti dia fikir saya bosan saya sombong... begitu juga mereka ini.saya mahu ada keadaan seperti yang dulu ketika menyewa di kala masih kuliah.. saya tidak reti...

ok saya sudah penat mengarut. kesimpulan: kita mungkin tidak sehaluan dengan orang2 lain tapi kita patut hormat pandangan orang sikap orang itu dan lain2...keduanya, hmmmmm walaupun kita rapat dengan seseorang tu belum tentu kita semuanya tentang orang itu.. ketiga: kalau kita tak gaduh dengan seseorang tu tak bermakna kita rapat dengan orang itu.. dah la... assalamualaikum

No comments:

Post a Comment