Sunday, April 10, 2011

rap song yooooooo

nampak macam tak ada kerja kan saya ni? sebenarnya kalau anda nampak saya asyik mengarut macam ni di sini mahupun di facebook.. saya tengah tak betul la tu.....

nak share top 3 lagu hip hop .. ala tak hip hop sangat la biasa-biasa je....
ok sebenarnya banyak tapi kena pilih 3 je la kan... yang ni lagu lama dah.. tapi sampai sekarang ada dalam mp3 saya.. awak maybe tak tahu kot lagu ni. tapi ce awak layan jap...alaaaaaaaaaaaa saya tak jumpa video die la nak tunjuk kat korang ="( tapi mustahil tak de kan.. jap eh alaaaaaaaaaaaaaaaaaa dah penat cari.. tapi tak jumpa! merajuk la camni...

by the way.. lagu yang saya maksudkan ialah lagu ala canggung remix-too phat ft yusni hamid.. bahaasa melayu punya.kalau rasa ingin tahu anda membuak-buak, sila la google sendiri.. hehhe

tempat kedua jatuhhhhhhhhhhhhhhhhh kepada jeng jeng jeng

suka suka suka... lagu ni noh yang buat. ada dua versi. satu lagi versi rock tom nyanyi. bagi saya yang ni lagi berjuta kali lebih sedap... bukan sebab noh nyanyi tapi memang lagi sedap yo...
"hidup serba laju trafik kura-kura" ya itulah kuala lumpur kotarayaku =)

tempat ke 1 setengah jatuh kepada.......... hehehe belum no 1 lagi baru 1 setengah. ni lagu baru. jadi ini antara lagu yang saya suka sekarang.. hehehe tajuk dia Anggun... layan weiii tak caya sila dengar


ok tak? aku pemenang tempat pertama jatuh kepada...................... sebelum tu sebab dia menang ialah kerana lirik dia best. ini ialah maksud cantik sebenarnya.. kepada kawan-kawan lelaki saya, kalau mahu cari calon, carilah macam ni. ingat lagi saya cakap dekat kawan saya dia cakap macam ni "ok tapi kena pakai tudung' sebab dalam lagu ni dia kata "rambut hitam warna cokelat anak mata" maksudnya wanita i tidak bertudung. selain daripada itu. inilah wanita cantik yang sebenar.bukan saja cantik di luar tapi canti serba serbi. saya sikit pun tak de macam lagu ni.. malang sungguh  sapa dapat saya. ok silalah layan. Cantik by Altimet ft Adeep Fabulous cat



alaaaaaaaaaaaaaa lupa plak... sebenarnya tempat pertama ada dua ;a.. aci tak kalau nak bagi lagu satu? aci la eh eh eh... sebenarnya banyak lagi tapi 1 je lagi boleh eh.... saya suka lagu ni
kalau dengar lagu ni saya akan rasa bersemangat.dia cerita pasal macam mana dia tak give up dan terus cuba dan cuba lagi. mestilah dia cerita dalam konteks dia yang sebagai seorang komposer tapi boleh je kita aplikasikan dalam hidup kita juga. suka lagu-lagu malique =)

sungguh panjang lebar kan. jumpa lagi lain kali. assalamualaikum =)

No comments:

Post a Comment