Friday, July 15, 2011

fairy tales


"Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

love the chorus. ok bye.

Thursday, July 14, 2011

seseorang di luar bandar

Someone out of town-Yuna

Oh my God I see you clearly now
In my dreams,
You here with me somehow
Call my name and I will make a sound
I’m in love with someone out of town
Who is this stranger
I should be scared could be dangerous
I should prepare for this
I wish I don’t fall so hard for you
You walk by but you don’t see me
Slow motion and so gracefully
Be my friend and I’ll show you around
I’m in love with someone out of town
Who is this stranger
I should be scared could be dangerous
I should prepare for this
I wish I don’t fall so hard for you


So simple but so meanigful song from talented Yuna. oh ya.. u can interprete this entry yourself.. hahahhaa not really related to me. just that i feel it is a sweet song...

lia kata: "i'm in love with someone out of town" hahahhahahaha

Monday, July 4, 2011

being there done that

hari ni adik saya, edi amir.... pergi register kat politeknik kat shah alam. saya MC sebab abah suruh ikut....

pegilah pagi tadi kat sana. sampai pukul 12 lebih gak kot tadi.pastu balik. abah memang jenis tak tunggu lama-lama punya. dari zaman dulu lagi. dah setel semua dia tinggal je... hahhaa

kul 2 lebih saya tengah makan dia text saya. tengah sebak2 bosan2 dok sorang2. kesian dia. ni first time dia tinggalkan rumah. sebab dia sekolah kat rumah je. dia kata dia kekok. sebak. tapi nangis dalam hati je. rasa nak gelak pun ada. tapi rasa sebak pun ada.

sedikit pasal amir... dia anak ke lima. maknanya adik saya yang ketiga. dia hebat tau. masa sekolah dia KETUA PENGAWAS beb...... perghhhhhhhhhhhhh........ muka dia memang serius. tapi kalau dah start mengarut..memang lawak gila.... kat temerloh jaya tu semua orang kenal kot.ketua pengawas la katakan. hahahha

ok balik pasal tadi...... saya harap dia ok je kan sana. tadi saya cakap kat ma. teruk la amir. alang dulu at least dah training kat PLKN. amir ni memang betul2 first time ni. ni pukul 4 dah ada aktiviti. dah busy harap dia tak sedih2 dah.. ohohohoho

tadi gak buat saya terkenang masa mula-mula pergi asrama masa tingkatan satu. hmmmmmm kecik lagi time tu.. tak tahu apa. pastu masuk U, tak de pun fon. tak boleh nak text sapa2. pastu tak tahu nak share cerita ngan sapa... anak kedua la katakan. hmmmmmm sebak tetiba...

ok lah. sebelum meleret lagi baik stop. tadi amir cakap memang la besar... tapi tak pernah dee. saya cakap. kalau tak de first time macam mana nak ada second time third time semua. harap dia ok. Good Luck amir!!!

lia kata: tadi aboh pesan kat amir "kalau pape tak dok duit ke call la kakak yg dekat ni" <pengsan dengar...hahaha> pastu lagi ayat "tahun depan nia pulok..tahun depan lagi aida pulok..kalau ke KL jugok aboh tak risau doh,.. lia ada" <cam mano den nak kawin ni ha.. hahhahahaa just kidding....... >


es.ash.why dah bertunang

tak faham tajuk? saya refer kepada SHY la...... dia tunang semalam.hari ahad.dekat rumah dia.presint 11. hah? dia tak beritahu awak? relaks la. tunang memang family rapat je tahu.orang sekarang je tunang macam kahwin dah.jadi, tak perlulah ambil hati.janji gambar dah ada untuk korang tatap kan.

nak masuk gambar kat sini pun samalah macam yang dekat facebook saya tu. jadi usha kat sana je la ye? hehehhehehe

hmmmmmmmmmmm tahun depan mesti dia kahwin.. saya nak manja-manja dengan sapa lagi =( oooooo mmmmmmmmm gggggggggggggg... haahahha gedik kan???

lepas ni mungkin dah tak de orang nak amik tahu pasal saya. sedihhhhhhhhhnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......... uhuhuhuhuh

kepada ash, jaga shy baik-baik.oh aku tahu tak pesan pun of course ko akan jaga baik2. saja nak gedik drama. aku doakan korang bahagia ke akhir hayat.

p/s: mana lelaki yang hilang tulang rusuk ni? dah lama tunggu =(

Sunday, July 3, 2011

oh kekanda jangan iri hati


oh kekanda jangan iri hati dinda naik pangkat lagi.... hhehehheehehe

yeahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!

alhamdulillah...

bukan nak sangat.. nak increment je. tanggungjawab yang naik berkali-kali ganda tu sapa pun tak nak... saya senior 2 sekarang... rasa memang sangat tak layak. banyak benda tak tahu banyak benda buat salah. macam mana la nak bertahan lagi setahun ni????????

hmmmmmmmmmmm........... apa pun alhamdulillah.

mari mencuba sehabis baik =)

Wednesday, June 29, 2011

selepas 6 ialah 7

hellooooooooooo.............

kembali lagi kita dalam rancangan ong ong bak!!!! hahhaha

hari ini 29 jun. bulan enam akan berakhir. lagi satu hari. maknanya aku tak jadi kawin tahun ni. cuba lagi tahun depan =b lalalalallalalala

hmmmm hujung bulan 6... ada sesuatu yang aku tunggu tapi belum keluar. kalau dah nanti aku share.. hmmmm

hujung bulan enam,

selesai menelaah jadual untuk sem baru. aku amik P2. heyp!!! bukan REsit la.. hari tu mana ambil exam. so tak kira resit walaupun pergi kelas untuk kali kedua ok.

jadual saya untuk bulan 7.... sabtu dan ahad akan dipenuhi kelas. ya paper ini kelas memang banyak.aku dah lalu dulu. bila kene barred aku bengang tahap dewa naga. aku sedih tahap macam putus cinta! serius kecewa. jadi kali ini aku mesti pastikan itu tidak berulang lagi...

awak awak awak awak (sebab follower 4 orang je) doakan saya ye.... saya tengok jadual macam nak pengsan.

kelas ini susah. sukatan pelajaran sukar. lecturer je pun bukan sembarangan. sebagai pelajar berpengalaman, aku dapat bayangkan situasi kelas itu. huhuhuhuhu

hujung bulan 6, aku dah berusia 24 tahun. masih sama masih lonely masih begini (ini mengarut)

oh lagi satu benda!!!!!!!!!!!

hujung bulan 6.........

Noh akan menjalani hari-hari terakhir sebagai seorang pemuda bujang. 1 julai dia akan kahwin. begitu juga dengan tomok.. oh aku pasti akan merindui senyuman dan gelak besar dia.. (macam pernah kapel dengan beliau je)

bulan tujuh juga, seorang kawan rapat saya akan bertukar status. gembira untuk dia walaupun aku akan kebosanan dan semakin kelonelian............

ok cukup mengarut. harap-harap dapat cukup kekuatan untuk melalui bulan tujuh dan menikmati hujung bulan enam dengan semaksimanya. tapi esok 30 dan 1 julai... jadual terisi dengan stock take.

tamatlah kisah hujung bulan 6 dan bulan 7 aku. ok bye!!!

Greyers =)


Yeah... inilah yang dicakapkan hari tu... hari tu ingat malas nak post kat fb.. segan. tapi post juga. hmmmmmmmmmmm nak kenal kan siapa ni? confirm la orang-orang yang layan band-band international dan lady gaga macam korang tak kenal dia.. hahahha

gambar ini masa hari sabtu. dekat satu event anjuran Lipton nama dia fiesta Lagi shake lagi riang semperna mempromosikan minumam lipton baru perisa lemon dan peach. air dia kalau lagi shake lagi best la.. hahhahah

jadi mamat ini dan band dia perform masa itu... opening. petang. sebenarnya tunggu HUJAN . tapi hujan closing di waktu malam. hahhaha

semangat pergi tengok band ini kerana semenjak dua menjak ni ada bertwitter dengan mamat ni. dia macam cool je. memandangkan dah pernah tengok band ni live., jadi say pun pergilah... dah sampai tu pun ada tweet2.. lepas tu suruh dia pergi kat gate tu dia pun datang pastu ambil lah gambar..hahahha dalam fon ada beberapa lagi.. abang yang ambil tu snap banyak2 macam perli je bang. huh papa pun kamsahamida.. hahah

ok mari saya kenalkan... nama dia Ejal. vocalist cum songwriter untuk band yang menggelarkan diri mereka GREY SKY MORNING........ mari dengar lagu mereka. antara kesukaan saya ialah lagu ni. tajuk dia Pancaroba....


kenapa saya suka lagu ni.. sebab macam akan jadi semangat. cuba dengar chorus dia "hidup ini penuh erti bila kita berdua lupakan lah segala-gala sengketa janganlah dikenang kita bangkit semula agar kau dan aku hidup dengan bahagia..inilah kehidupan pancaroba!!!!"

lagi satu ini kesukaan sekarang. lagu baru dia... tajuk dia "hilang rasa cinta".. suka sebab macam ada kaitan dengan diri dulu-dulu.. hahhahaha cuba lah dengar.


best tak? ada lagi lagu lain.. kalau rasa yang ni best google la sendiri.. kalau rasa tak best. tak pe la. respect orang lain punya kesukaan. kalau setakat nak cakap pasal band ni tak handsome pasal image ke ape ke.. tak payah la. saya dengar lagu mereka.. hahhaha ok lah penat dah promote.

sekarang saya bukan saja Raingers tapi juga seorang Greyers =)

oh pasal Hujan tadi, malam tu tengok hujan pula. raingers lain main gila. kan event lipton. dapat sebotol lipton free tau seorang satu. depa dok main pesta lipton boleh tak. habis noh kena simbah.satu geng kat situ. saya duduk jauh je dan saya tak join... hahahha

ok bye. happy listening to grey sky morning ya =)