sejak dua menjak ini lagu ni duduk bermain di otak aku.... maka aku mahu blogkan dia supaya di masa depan aku tahu lagu apa yang aku suka... lagu yang pada kefahaman aku mengenai sepasang manusia... suami isteri. si lelaki baru tahu atau dah lama tahu tapi merahsiakan tentang penyakitnya daripada isterinya. tapi pada saat itu, di saat dia merasakan ajalnya sudah mendekat, dia perlu meluahkan kepada isterinya...... dengar eh
ketawa bersama menangis bersama
ku bersumpah harap kita mati pun bersama
sejak dua menjak ini makin kerap ku digangu visi
bila celik juga bila mimpi
aku nampak kau, tapi bukan aku yang disisi
dia membelaimu dengan izin dan permisi
sentuhan katanya semuanya kau iakan
sentuhan jari kau diam dan biarkan
aku redha walau tidak ku damba
walau hampa semuanya dah dijangka
beberapa purnama dulu cinta bertakhta
kenangan dibina kita indah belaka
ketawa bersama menangis bersama
ku bersumpah harap kita mati pun bersama
namun hakikatnya, bukan mudah
aku sembunyikan gulana gundah
segalanya kan berubah
dengarkan apa yang ku mahu luah
c/o rahsia ini telah lama aku pendamkan
tiba masanya segala-galanya ku ceritakan
aku kan pergi pergi ku tak akan kembali
tiba masanya kau cari teman pengganti
dalam dunia yang maya prejudis dan bias
kita tak terlepas dari terkena tempias
rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
hanya kau yang tahu kodeks ku yang kompleks
dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
bila dunia seolah tak memahami
kau sudi selami dan mengalami
setia mendengar sentiasa hadir
ingat setiap ulangtahun setiap hari lahir
tiba pagi syawal kaulah yang terawal
syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70000 hijab harus ku singkap
ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
dalam diam ada seorang yang ku puja
kau teristimewa tapi dia yang sempurna
ulang c/o
sejak dua menjak ini ku mencari fungsi kewujudan
dalam persekitaran yang penuh kejumudan
terperangkap dalam jasad ku keliru
mujur ada kau si peneutralisasi pilu
namun aku tetap murung berkurung
tubuh makin susut menunggu tarikh luput
komplikasi di halaman rusuk kiri
makin sukar nak bernafas, nak bergerak nak berdiri
lagu ini yang terakhir kau sajikan
kalau rindu nanti boleh lah kau nyanyikan
jaga diri jangan makan hati
yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti
bilik dah kukemas katil dah ku rapi
cincin kunci dompet dalam laci
ada sikit wang itu saja baki
moga-moga cukup untuk majlis itu nanti
aku kan pergi bertemu kekasih abadi
tiba masanya kau cari teman pengganti
tika dan saat ini aku amat admire kat malique. he really something. tapi dia tak lagi buat public appearance. so jom heboh hari tu black nyanyi dengan helmi. lega tengok dia rap agak baik. cuba tengok
oh inspired dari lagu ni aku nak described lelaki pujaan sebagai... si peneutralisasi pilu, yang sudi selami dalami dan mengalami, sentiasa mendengar sentiasa hadi, ketawa bersama menangis bersama.